sempurna

:zikrullah:

: Demi Masa :

::Diari tinta::

get this widget here

Tuesday, June 14, 2011

Cerpen : HERO




Angin sepoi-sepoi bahasa. Kelibat seseorang kelihatan di ruang mataku. Aku tersenyum. Abah. Abah duduk di atas pangkin. Tangan kirinya mengurut-ngurut tangan kanannya. Aku mendekatinya.

“ Alhamdulillah, petang yang damai ya bah”, ujarku sambil mengambil ruang duduk disebelah abah. Hatiku sedikit sayu melihat wajah abah. Heroku. Garis2 halus diwajahnya membuatkan hatiku sayu. Abahku tidak seperti dulu. Abah menoleh. Dia tersenyum memandangku.

“ Syukur Alhamdulillah..petang yang indah, suasana yang aman damai dan hati yang tenang”, perlahan abah memulakan bicara. Tangan kanannya masih lagi mengurut-ngurut tangan kirinya.

pantas tanganku memaut tangannya. Niat dihati ingin mengurut tangan abah, tapi segera dihalang. Aku bingung. Ku pandang seraut wajah Heroku itu. Dia tersenyum.

“ tak payah. Biar abah buat sendiri. Ini sebagai salah satu exercise”, senyumannya dilebarkan. Hatiku bertambah sayu pabila melihat tangan tua itu terketar-ketar mencapai botol ubat disebelahnya. Sungguh, hatiku bagai dicarik-carik. Abah sudah tidak seperti dulu. Semenjak dia diserang strok setahun yang lepas kesihatannya makin merosot. Kudratnya tidak seperti dulu. Jika dulu kudrat lelakinya digunakan membelah badai demi sesuap nasi, kini nikmat itu telah ditarik. Jika dahulu abah ke sawah diwaktu pagi dan petang, kini semuanya berubah. Abah hanya mampu menguruskan dirinya sendiri. Sawah tidak dapat diusahakan lagi. Kudratnya terbatas. Manusia merancang. Manusia berusaha. Namun, ternyata perancangan dan pengaturan ALLAH mengatasi segalanya.

“Maisarah, sarah masuklah dalam rumah. Pergi tolong emak. Katanya nak masak goreng pisang petang ni”,lamunanku dimatikan.

aku tersenyum. Tawar. “ok. Abah jangan duduk lama-lama sangat kat sini ya”,ujarku lemah.



"Assalamualaikum",aku menoleh si empunya suara yang memberi salam.

"waalaikumussalam", abah menjawab. " bang Ngah. marilah duduk dulu.sekejap lagi kita boleh makan petang", mesra abah menyambut pak Ngah. tangannya dihulur. payah. terketar-ketar. aku hanya tersenyum tawar. sepatutnya pd fikiranku bukan abah yang perlu menghulurkan tangan terlebih dahulu. aku menggetap bibir pabila melihat tangan abah lambat disambut oleh pak Ngah.

"duduklah dulu, Sarah masuk dalam ya",sengaja aku memaniskan muka. pelik aku rasakan. namun sebaik-baik ukhwah adalah dgn bersangka baik. itu adalah sadaraku. akumeninggalkan abah danPak Ngah berdua di pangkin. dari jauh aku melihat segala gerak geri mereka. abah hanya menunduk. apa yang dicakapkan oleh Pak Ngah pada abah hanya tuhan yang tahu. semuanya sudah berubah. segala memori bermain di kotak fikiran.
              


                            *************************************************


Abah baru keluar dari hospital. Tidak ku sangka keadaanya lemah sebegini. Sangat lemah. Berdiri pun tidak mampu, apatah lagi berjalan. Alhamdulillah. Pengaturan ALLAH sangat baik. Kebetulan aku baru selesai menghadapi peperiksaan jadi abah adalah tanggungjawabku, bukan beban. Abah kupimpin hingga ke atas katil. Bantalnya ditinggikan.
“abah belum solat lagi ni, tolong abah ambil wudhuk ya”, ujarnya terketar-ketar. ALLAHUROBBI..hati mana yang tidak sayu?hati mana yang tidak tersentuh dengan suara lemah abah meminta dibantu untuk beribadah.
Air mulai bergenang di kelopak mata emak. Segera dikesatnya dengan lengan baju. “ Sarah, pergi ambil besen besar dan isi air kat dalam, tolong abah”, perlahan-lahan emak melepaskan tangisnya. Pipiku terasa hangat. Namun kukuatkan juga hati. Usah menangis. Jika air mataku tumpah ketika ini, orang lain pasti akan bersedih. Segala kelengkapan abah untuk berwudhuk telah sedia..

emak melapik bantal dibelakang abah untuknya bersandar. “abah, perlahan-lahan ya. Jangan tergesa-gesa”, ujarku sambil menahan sebak. Tangannya ditadah. Terketar-ketar. Sungguh. sangat payah. Air ku tuangkan ke telapak tangannya.

“ALLAH”,abah mengaduh. Perit aku melihat. Sukar untuk abah meratakan wudhuk. Tidak tertahan lagi. Akhirnya aku tewas juga. Air mataku tumpah. Aku meratakan wudhuk untuk abah. Perlahan-lahan. Kulihat seraut wajah abah. Air matanya mengalir. Emak sudah hilang ke dapur. Hanya aku dan abah di situ.

aku menggetap bibir menahan sebak. “ Alhamdulillah, dah selesai. Abah boleh baring. ALLAH dah bg keringanan untuk orang yang sakit”, aku membaringkan abah. Heroku hanya akur. Dia sudah tidak berdaya.
Usai solat, emak menyuapkan abah makanan. Abah memuntahkan makanan itu. Tidak dapat ditelan. Seleranya mati. Hilang. Aku segera menuju ke bilik. Melepaskan tangis. Tidak mahu sesiapa melihat aku menangis. Aku harus kuat. Demi emak. Demi abah.
                         


       *********************************************


Pagi itu, aku dan kakakku membantu abah. Kami memapah abah ke dalam bilik air. Segalanya telah tersedia. Kerusi dan segala kelengkapan untuk memandikan abah. Heroku? Dia akur sahaja. Dia sudah tidak mampu menguruskan diri ketika itu. Kami sebagai anak perlu memikulnya kerana dia adalah HERO kami.
“sejuk”, tubuhnya bergetar. Pertama kali aku menyentuh tubuh abah. Rasa sayu menular ke seluruh badan. Tubuh inilah yang membesarkan kami. Tangan inilah yang  mencari rezi. Tubuh yang tidak berdaya inilah dahulunya menghantar dan menjemput kami dr sekolah. Tubuh inilah yang dahulunya memerah keringat bekerja untuk kami. Ketika rumah orang lain sudah  cerah menggunakan lampu elektrik, kami masih menggunakan pelita. Ketika orang lain sibuk membeli tv baru, abah sibuk mencari duit bagi memastikan beras sentiasa tersedia. Kakakku memandang dengan pandangan yang berkaca-kaca. Sekali lagi. Aku perlu tahan tangisku. Jika aku juga turut menangis, suasana pasti akan lebih menyedihkan. Demi abah, demi emak, demi kak dan keluargaku.

“sarah ratakan air, biar akak yang ratakan sabun kat badan abah”, kata-kata kakak tersekat-sekat. Aku hanya mengangguk.
Dari A ke Z kami menguruskan abah. Abah menunduk. Malu agaknya.

“abah, kami anak abah. Kami akan jaga abah. Kami akan bantu abah mandi, berwudhuk, makan dan lain-lain. Abah adalah abah kami. Hero kami. Tanggungjawab kami. Abah jangan menangis. Bila abah menangis, kami turut menangis. Hati kami bagai di siat-siat melihat abah menangis. Inilah ujianNya buat Abah. Abah jangan menangis lagi. Kami akan jaga abah walau sesukar manapun”, bicara kakak menambahkan kepiluan dihati. Abah menangis. Kakak kulihat hendak meneruskan bicara. Segera aku mengurut belakangnya. Dia memandangku. Mengerti.

“jom kita masuk, abah dah menggigil. Sejuk. Ujarku sayu. Air jernih kulihat deras mengalir dr kolam mata abah. Dia diam seribu bahasa. Menambah kesayuan. ALLAH..aku perlu kuat. Semua orang menangis, kalau aku juga turut menangis, nanti semua akan sedih.
                                 


                                             *******************************


Alhamdulillah.. kini abah boleh berjalan sendiri walaupon tidak selaju dahulu. Padaku dia tetap hebat walau kudratnya tidak sehebat dulu. walaupun kekadang aku melihat diamerendah diri menghulurkan tangannya yang terketar-ketar untuk bersalaman dgn orang lain, namun tidak mengapa. biar seribu teman lari darinya asalkan dia masih punya kami, dan ALLAH yang Esa.Tak dapat ku bayangkan betapa kejamnya seorang anak yang sanggup menghantar ibu bapanya ke rumah orang tua-tua. Orang yang menjaga mereka ketika kecil diperlakukan seperti hamba dan sampah.

“ abah, tak perlu risau, selagi ada hayat di badan, kami sebagai anak akan sentiasa mendoakan abah. Kami sebagai anak akan menjaga abah. Kami lakukannya tiada bersebab. Abah anugerah ALLAH pada kami. Abah HERO kami. Kami sayang abah. HERO kami dunia akhirat. Insya ALLAH…

bahuku ditepuk lembut. " apa yang Sarah buat tu? tak baik mengendap macam tu", ujar emak lembut.

aku hanya tersenyum. abah dan Pak Ngah masih disitu.
"aku meninggalkan emak dan berjalan menuju ke ruang bilikku.
buku notaku diselak. pen sudah ditangan.


hari ini hari bapa,


ingat wahai diri....
engkau juga akan mengharungi hari2 tuamu...

cuma  persoalannya kita tdk tahu bagaimana nasib dirimu diusia tuamu nanti...

hargailah ayah n ibumu....

jgn pernah merasa mereka sbg "BEBAN"
REDHA ALLAH padamu ada pd mereka...

jangan pernah berdendam....
maafkan segala perbuatan manusia padamu...

senangkan hati ibu ayahmu...
bahagiakan mereka dihari tua mereka....

ya ALLAH ya tuhanku,
biarlah sisa umurku yg berbaki ini
bermanfaat untuk kedua ibu bapaku.....6: 30 ptg



============================================================
catatan :sebelumnya mmng dah lama sy nak buat cerpen ni. ALHAMDULILLAH sempena hari BAPA ALLAH permudahkan. sgt2 sedih bila ada yg sanggup biarkan ibubapa mereka terbiar. menangis sendirian di rumah org tua-tua. menunggu mereka yang xkunjung tiba. bagai kacang lupakan kulit. pungguk rindukan bulan. ibu bapa bukan bebanan. bayangkan jika mereka juga menganggap kita sebagai beban. mereka adalah anugerah buat kita. cerpen ini dihasilkan buat ABAH. dan semua anak n bapa. sgt2 berharap untuk menjadi anak yg kuat dan solehah untuk membanggakan ibubapa dunia akhirat. namun harapan sahaja tidak memadai jika xdiiringi dengan usaha. moga ALLAH mengurniakan RAHMATNYA pada HERO kita. kita xlayak untuk memperlakukan  mereka sesuka hati walau apa pon alasannya. bukan hak kita. itu kita serahkan pada ALLAH untuk menilainya.....

~salam mujahadah ya ukhti wa akhi~ 

: dunia :