sempurna

:zikrullah:

: Demi Masa :

::Diari tinta::

get this widget here

Monday, December 5, 2011

"diari" buat Sahabiyah

        
بسم الله الرحمن الرحيم

اسلام عليكوم




sy petik kata2 dr  saudara HILAL ASYRAF..
"dikala sedih inilah kita nak mendengar hati kita bertanya,

                       Dimanakah BAHAGIA? 

seakan-akan bahagia tidak pernah, dan tidak lagi wujud buat kita.."


Allah bg kita gelak ketawa sepanjang hari n hepi mepi lbh bnyk drpd sedih ( yg ni tambah sendiri)^^"
                                      muhasabah CINTA jom...


                                              Tahajjud itu..
                          tatkala hati2 terasa gersang dilanda resah
                       munajat d 1/3 malam dilakukan buat pengaduan...


                                          Tuhanku berkata...
           "ingatlah..dgn mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang.." 


                                                       ya Rabb
                                       kami pasakkan iman di hati..
                                        kukuhkan "Deen-Mu" dlm diri
                      agar segala perbuatan/tingkahlaku dikawal oleh AgamaMu...


                                                 katakanlah wahai diri..
                                       buktikan pengakuan pd setiap solatmu.. 


                                                    ukurlah Tahajjudmu..
                             istiqamah/hanya di saat kau berasa perlu akan ia? 


                                                  dan aku menjawab lagi...
                                           serta akan terus mengulanginya tanpa jemu
                                                 walau belum sepenuhnya kuakui... 


                                                           "sesungguhnya...
                                                                    solatku
                                                                     ibadahku
                                                             hidup dan matiku
                                                         hanya buat mu ya ALLAH"~



perasaan gembira/ senang itu juga satu ujian..ujian yg jarang disedari.....


            p/S : segala watak n kisah dlm crita nii xda kena mengena dgn sesapapun..no offence     


             **********************************************************

Pukul 3.45 pagi. Aisyah bangun dari pembaringan. Matanya melirik di katil sebelah. Maisarah sedang tidur. Nyenyak. Entah bila gadis itu balik dia pun tidak tahu. Risau dengan keselamatan sahabatnya itu. Roomatenya itu agak liar. Keluar sampai lewat malam.

“hmm”, nafasnya dilepaskan.
Berat memikirkan Maisarah. Mungkin doanya terhijab dek dosa-dosanya, Fikir Aisyah. Dia sentiasa menyimpan sebahagian doanya untuk sahabat-sahabatnya baik yang rapat mahupun tidak. Baginya, itu adalah tanggungjawab. Dia bingkas bangun menuju ke bilik air. Selesai mengambil wudhuk, dia menuju ke meja belajar. Jadual munajat malamnya dilihat. Jadual itu disediakan semenjak dia melangkah masuk ke universiti. Dia inginkan ibadah yang dilakukannya tersusun dan jadual itu akan membuatnya istiqamah melakukan ibadah malam. Allah menyukai ibadah yang berterusan. Tahajjud, sunat tasbih, solat sunat taubat dan beberapa lagi ibadah sunat dilakukannya. Semuanya dilakukann sebanyak dua rakaat.

seusai beribadah, dia menuju keruang tamu. Niat dihati ingin bersahur bagi membayar nazarnya. Nazar yang diniatnya ketika Mila masih ada.dia baru teringat akan nazar yang diniatkannya itu, nazar yang bersempena dengan kejayaan Mila mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Hatinya pilu. Mila anugerah terindah dalam hidupnya. Memori bersama Mila bermain-main di ruang mata dan fikiran. Aroma Radix Choco menusuk hidung. Dia menghirup minuman itu. Fikirannya melayang.

                                         ****************************
“Kak, kak Aisyah…”
Suara itu mematikan langkahnya.dia menoleh kebelakang dan melihat susuk suara yang memanggil namanya.
“oh, Mila rupanya..akak ingatkan suara sape lah yang merdu menyeru nama akak tadi ni..”,ujarnya sambil tersenyum manis.
“alahai..maaf ya kak. Mila tahu akak dah banyak kali tegur mila jangan jerit kuat-kuat macam tadi.tapi, apakan daya ‘aku insan yang lemah’”, Mila berseloroh sambil bernafas tercungap-cungap.
 “ya dik, tau pon..tapi bukan sebab akak ya.. sebab agama.suara tu kan aurat, dan tadi adik jerit kuat sangat banyak mata yang memandang” dia seumpama berbisik sambil matanya melirik keadaan sekeliling.
Mila menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal..“oops, sori..huhu..abis akak jalan laju sangat..anyway, xtually,errr..ermmm…”
“hai..sejak bila malu ngan akak ni?” dia mencuit bahu gadis itu.

“Errkkk…bukan malu kak, Cuma kali ni rasa segan sikit,” Dia  menampar lembut bahu Munawwarah
Munawwarah sempat mengelak.“haaa…ni mesti adik nak berkongsi rahsia hati kan..dia cuba mengusik gadis yang bertudung rona krim di hadapannya. Usikannya berkesan.gadis dihadapannya tersipu malu
‘ish, akak ni…xda la..”emm nanti Mila tido kat rumah akak ya..mak Ngah tak da kan?bijak menukar topik.
“yeap..Insya ALLAH..boleh..mak akak tak da dalam seminggu, berkampung kat rumah kak Ngah…ish Mila ni tak kan lupa kot..kan kak Ngah tengah berpantang..”,dia menggeleng kepala seraya ketawa
“errkk…akak ni suka kenakan Mila tau…malas la…nasib baik Mila ni tak mudah kecik hati”,selorohnya membuatkan Munawwarah ketawa.
“ok lah..jumpa malam nanti..malas akak nak layan loyar kamu ni..asyik buat orang ketawa ja.tau tak, banyak ketawa ni boleh matikan hati.Assalamualaikum ya habibiti”, ujarnya sambil tersenyum..
Mila mengangguk-angguk tanda akur. “wa a’laikumussalam..kak Aisyah ni tak bagi peluang langsung..baru nak tunjuk bakat..”desisnya dalam hati. Kalau diikutkan, Mila mempunyai seorang kakak yang sebaya dengan Aisyah namun dia berasa senang dan mesra untuk berkongsi masalah dengannya berbanding kakak kandungnya sendiri. Mungkin kerana Aisyah bijak menasihati,gayanya yang santai dalam menasihati gadis itu membuatkan hubungan mereka lebih dari saudara sepupu. Munawwarah sudah menganggap Mila sebagai adiknya.lagi pula dia anak bongsu dan jarak usia antara mereka hanya dipisahkan selama satu tahun.

                                              *********************
 “Alhamdulillah”, Aisyah melafazkan syukur.syukurnya dia kerana masih diberi nikmat untuk beribadat. Seusai solat maghrib dia membaca al-Quran kesayangannya hingga masuk waktu Isyak. Sebenarnya ianya dihadiahkan oleh sahabat baiknya. Baginya sahabatnya itu menjadi wsilah untuk mendekatkan diri pada yang Esa.
Dia menjawab salam dan bingkas bangun membuka pintu.”meh masuk meh”,senyuman tidak lekang diwajahnya.dia menarik lengan gadis itu.Mila menurut saja.senang diperlakukan seperti itu.terasarasa dirinya disayangi.
“adik duduk dulu..akak nak buat air special buat puteri Mila yang cantik menawan,”matanya dikenyitkan. Dia kwtawa. Bahagia dengan ukhwah yang terjalin erat.

“euwww…gelinya…dah nak terkeluar dah sepinggan laksa yang Mila makan tadi kak,”Mila mengusap-usap perutnya.
Aisyah mendekatkan wajahnya dengan wajah Mila,”geli ke sayang???”. Mila ketawa. Dia senang dengan gurauan itu. “akak sayangkan adik kerana ALLAH.Insya ALLAH..moga kasih-sayang kita berpanjangan hingga ke Jannah-Nya..”

                                                           **********************
Hati Aisyah pilu. Bagai disiat-siat. Kenangan bersama Mila yang bukan sekadar sepupu dan sahabat bahkan ukhwah mereka lebih erat daripada saudara sedarah. Hatinya hiba. Mila telah dijemput ILAHI dua tahun lalu. Sampai saat terakhirnya nama Aisyah disebut, namun Aisyah tidak dapat pulang menziarahinya ketika itu kerana dia menghadapi peperiksaan akhir semester. Dia masih ingat lagi ketika itu, selesai sahaja peperiksaan, dia terus bertolak dari kampus ke stesen keretapi. Doa tidak henti-henti dikirimkannya pada Mila. Dia ingin berada disisi Mila hingga nafas terakhir gadis itu. Namun apakan daya. Setibany di kampung, Mila sudah tidak bernafas lagi. Wajahnya pucat lesu. Peliknya dia tidak menangis waktu itu. Dia lah yang memandikan jenazah disamping ahli keluarga Mila yang lain. Usai pengebumian, barulah Aisyah melepaskan tangisnya. Tidak tahan. Sedih dengan pemergian orang yang disayangi. Manusia merancang dan ALLAH juga merancang. Sebaik-baik perancang adalah perancangan daripada ALLAH s.w.t. sebagai hamba dia akur dengan ketentuan dari Rabbnya. 
Redha dan ikhlas adalah jawapannya. Ya. Dia perlu ikhlas dan redha dengan pemergian Mila. Semua hamba yang beriman mengimpikan untuk bertemu dengan Khaliknya. Itu adalah dambaan setiap hamba yang bertaqwa. Dia menghabiskan minumannya. Usai bersahur, dia menuju ke bilik menyambung tidur. Masih berbaki 1 jam lebih sebelum subuh. Jasadnya perlukan rehat. Dia keletihan.


                                          *************************

“Pooonn…pooonn…”, hon dibunyikan keras. Bunyi yang membingitkan telinga Maisarah.
“urgh”, dia mengeliat. Niatnya untuk menyambung tidur terbantut pagi ini. Dia bingkas bangun menuju ke jendela. Langsir tingkap di selak. Cahaya matahari menyilaukan matanya. Dia mendengus kasar. Dicapainya cermin mata hitam di atas meja belajar. Langsir diselak semula.
“hmm, nice”, ada garis senyuman terukir di wajahnya. Di luar kelihatan Amri berdiri di sisi kereta barunya. Dia melambai-lambai kearah Maisarah. Handfonnya dicapai. Dia mendail nombor Maisarah.
“Hai sweetheart, baru bangun ke? I ada surprise untuk you. Jom la siap2. I tunggu you kat bawah ni”,ujar Amri.
Senyuman Maisarah dilebarkan. “ yeah..yeah…what’s up Am? Kenapa you tak call I dulu before datang sini, lagipun hari ni kan Sabtu I ingat nak rest kat kolej. Malas nak bergerak”, ujarnya slamba.
“la..sori la Sarah.. I just wanna give u surprise. Hope u tak marah kat I”, posisinya diubah. Dia membuka pintu kereta. “ermm, so now u tak nak la surprise you ni?” duganya.
Sarah mencemikkan muka. “ I mengalah kali ni. You tunggu kat bawah. Give me 30minutes”, talian dimatikan. Nasib baik hari ini dia tiada kuliah. Niatnya untuk tinggal dibilik sepanjang hari dibantutkan oleh Amri. Dia memandang katil disebelah katilnya. Roomatenya,  Aisyah seperti biasa telah hilang entah dari jam berapa tidak pula pernah diketahuinya.

“ ustazah tak da dalam bilik, hmm mesej lah Sarah”, tangannya ligat
menaip mesej. Dia menuju ke bilik air.

*********************************************************************

“bip…bip..” telefonnya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Aisyah memperlahankan langkahnya. Selepas solat subuh tadi dia keluar untuk mengambil nota di rumah sahabatnya, Sakinah. Mereka tinggal di blok yang berlainan. Aisyah mengambil handfonnya di dalam beg. Dia menekan butang “open”..
“ Aisyah, aku nak keluar jap lagi ni. Nanti kalau aku tak mesej kau cari aku pulak. and one  more thing…nanti lunch aku makan kat luar. Kau xperlu belikan makanan untuk aku.. emm… nanti sebelum maghrib aku balik” 

Ada keluhan kecil terzahir. Namun dia bersyukur. Jika sebelum ini Maisarah hilang begitu sahaja, dan balik lewat malam, kini hati Maisarah sudah terbuka untuk memberitahunya walaupun melalui mesej.

“Alhamdulillah”,bibirnya mengulas senyum. Dia meneruskan langkah menuju ke blok A, iaitu blok kediamannya. Dari jauh dia melihat sebuah kereta jenama Honda. Di sisinya ada seorang pemuda. Dia mulai risau. Hatinya bergetar. Tak tahu apa yang patut dibuat. Nak sembunyi tiada tempat.
“Bismillah”,ujarnya perlahan. Dia terpaksa melalui laluan dihadapan kereta itu. Tiada jalan lain. Jika dia bertindak berpusing ke blok sebelah, lebih parah jawabnya kerana itu adalah blok lelaki. Kepalanya ditundukkan. Tiba-tiba..

“eh, ustazah.kau ni kawan Sarah kan”,ujar lelaki itu sambil memandang Aisyah. Aisyah melajukan hayunan kakinya. Dia tidak berhenti menoleh walau dirinya disapa sebentar tadi. Rimas.

“oii ustazah, kau ni sombong la. Bukan aku nak buat apa pun kat kau. Ni ketas kau jatuh”, tangannya memegang sehelai kertas.

langkah Aisyah mati. Dia menepuk dahinya. “ya ALLAH, cuainya aku. Macamana boleh tercicir ni”, ujarnya perlahan.

lelaki itu mendekatinya. Tangannya menghulurkan kertas yang tercicir. “ nah, ambiklah”, ada senyuman diwajah lelaki itu. Sinis sekali.  Dia kembali bersandar pada keretanya. “ermm, maaf lah kalau aku buat kau takut. Aku heranlah, kenapa orang macam kau ni susah sangat nak didekati. Dan aku pon rasa pelik ja kalau nak kacau perempuan macam korang ni”, akunya jujur.
“err..wallahualam..terima kasih encik, saya pegi dulu”,wajah Aisyah cemas. Resah berdua-duaan dengan lelaki ajnabi. Risau timbul fitnah. Dia memulakan langkah, namun langkahnya terhenti.
“ aku suka perempuan solehah. Tapi aku pasti yang aku takkan dapat. Hmm alangkah bagusnya kalau si Sarah macam kau”, kakinya menguis-nguis daun di tanah.
Aisyah sangat tidak selesa. Tapi dia perlu membetulkan sesuatu. Dia bersuara tanpa memandang kea rah lelaki itu.

“ saya tak tahu sama ada saya ni solehah atau tidak. Tapi yang pasti saya cuba menjadi hamba yang taat pada pencipta. Daripada kita mengejar yang soleh atau solehah, lebih baik kita memperbaiki diri sendiri. Memperbaiki diri disisi Rabb kita. Itu yang lebih utama. Fitrah manusia suka kepada kebaikan. Walau sebezar zarah sekalipun dosa yang kita buat, tetap akan mempengaruhi rohani kita. Hubungan lelaki dan perempuan dalam Islam adalah sangat istimewa. Segalanya sangat dijaga. Andai kita sebagai Muslim mengikut budaya sekular dan cara pergaulan antara lekaki dan wanita daripada agama lain, hilanglah keistimewaan kita. Wallahualam. Saya pergi dulu. Terima kasih” dia melangkah laju. Sedikitpun tidak menoleh kebelakang.
Muka Amri terasa panas. Sungguh kata-kata lembut itu tadi menusuk hingga ke tangkai hatinya. Dia teringat akan pergaulannya dengan Maisarah. Bebas. Tangan Maisarah dipegang. “ALLAHUAKBAR”, kalimah yang keluar dpd mulutnya. Dia mengambil handfon. Tangannya ligat menaip mesej.

sarah. I mintak maaf. I kena balik sekarang

                                                        **************
“kurang ajar, penat-penat aku siap suka hati ja dia blah”, handfonnya di lempar ke dinding. Pecah berderai. Hatinya sakit. Bagai dicarik-carik. marahnya berapi melihat Aisyah berbual dengan Amri sebentar tadi. Fikirnya Aisyah penyebab Amri membatalkan temujanji mereka.

pintu bilik dikuak perlahan. Gadis bertudung labuh itu melangkah masuk. Perlahan. Sempat dia mengerling kearah handfon yang berderai di atas lantai. Hatinya beristighfar. Dilihatnya Maisarah berdiri di tepi jendela sambil memeluk tubuh. Dia mendekati.
Bahu Maisarah disentuh lembut. “ kenapa ni Sarah, ada masalah ke?”, wajah gadis itu dipandang. Simpati menular di hatinya. Wajah yang mendambakan Nur Ilahi. Wajah yang perlu dibimbing.
“ kau ni kan Aisyah!” ,Maisarah memandang seraut wajah Aisyah. Dia ingin melempiaskan amarahnya pada gadis itu. Namun, wajah itu. Wajah yang menenangkan hati. Penuh kedamaian. Serasa damai memandangnya. Dia pun pelik dengan perasaannya.

“erk, takde apa-apa. aku dah tak jadi nak keluar”, wajahnya dipalingkan.

Aisyah tersenyum. Alhamdulillah. Hati Maisarah mulai lembut. Tidak seperti dahulu. Jika dahulu bicaranya kasar, sering saja memarahi Aisyah jika dia ingin mendekati gadis itu. Kini hatinya sudah mulai lembut. sebagai seorang sahabat, Aisyah sedih bila melihat sahabatnya membinasakan dirinya sendiri. Manakan tidak, aurat tidak dijaga, pergaulannya juga bebas. Namun, doa Aisyah tidak putus-putus untuk sahabatnya. Walaupun kadang-kadang terasa penat, dia tetap tidak lupa mendoakan supaya Nur Ilahi menyirami hati sahabatnya itu.

Aisyah bergerak mengutip serpihan handfon yang berderai di atas lantai. Ada keluhan kecil yang dilepaskannya.

“hmm.. dah tak boleh pasang dah ni Sarah. Dah pecah. Macamana kalau mak ayah Sarah call nanti”, dia meletakkan serpihan itu di atas meja belajar. Dia menuju ke katilnya. Diambilnya beg di tepi katil. Sebuah handfon dikeluarkan. Simkadnya dikeluarkan. Maisarah terjeda. Dia hanya memerhatikan gelagat gadis itu. Aisyah bergerak mendekati Maisarah. Dia menyuakan handfonnya kepada sahabatnya itu.
Dia tersenyum. “ nah, Sarah pakailah dulu telefon ni”, ujarnya lembut

Maisarah teragak-agak. “err, apa ni Aisyah. Tak payahlah. Nanti esok aku pergi beli yang baru”, sebenarnya dia selesa dengan Aisyah, namun egonya terlalu tinggi.

“alah, Sarah gunalah dulu yang ni. Aisyah ada dua. Nanti kalau mak atau ayah Sarah call macamana? Dan kalau ada emergency macamana diorang nak bagitahu Sarah. Sarah ambil dulu ya”, senyuman tidk lekang di wajah gadis itu.

hatinya tersentuh. Diambil juga telefon itu dari tangan Aisyah. Dia tersenyum. Senang di beri perhatian sebegitu. Ringan sahaja mulutnya hendak mengucapkan terima kasih pada gadis itu, namun niatnya segera dimatikan. Egonya masih terlalu tinggi.
Aisyah hanya tersenyum. “Aisyah balik kejap saja ni. Nak letak barang. Lepas ni ada mesyuarat di kafe”, dia menuju ke meja belajar untuk mengambil pen. Buku nota kecil juga dicapainya. “erm, Sarah nak pesan makanan tak?”, tanyanya sebelum berlalu pergi.

“ huh.dah tak jadi keluar, terpaksalah aku pesan kat kau. Macam biasalah Aisyah. Jap aku nak ambil duit.

“eh, takpe. Aisyah guna duit Aisyah dulu. Macam selalu ya Sarah”, senyuman masih terukir di wajahnya. Dia mengetahui semua makanan dan minuman kegemaran Maisarah.

Aisyah pergi dulu ya Sarah. Tiba-tiba…

“erkk, Aisyah, ekceli tadi aku Nampak kau borak dengan Amri. Aku nak marah tadi tapi tak jadi. Emm. Boleh aku tahu apa yang korang borakkan?”, pintanya. Wajahnya merah. Malu barangkali.
Aisyah mendekatinya. Bahunya disentuh lembut. “ Aisyah tak sembang apepun dengan dia. Cuma Aisyah mengaku ada tegur sikit. Itupun sebagai peringatan buat diri Aisyah sendiri sebagai seorang Muslim”, ujarnya lembut

“kau tahu Aisyah, Amri tu kan, sebenarnya dari sekolah agama. Dia ambik STAM dulu. Sekarang dia dah kerja. Dulu dia study kat UIA dalam bidang Usuluddin”, terang Maisarah

“Masya ALLAH, betulkah?”, dia terkejut. Hatinya agak sedih kerana orang yang berilmu agama seperti Amri boleh melakukan hal yang dilarang oleh agama. “ Hidayah itu milik ALLAH”, ujarnya lembut. dia berlalu meninggalkan Maisarah.

“Hidayah milik ALLAH”, ayat itu diulang oleh Maisarah. Hatinya tersentuh dengan ayat itu. Aisyah sudah berlalu pergi. Dipandangnya serpihan hanfonnya yang pecah diatas meja belajar Aisyah. Dia mendekati meja itu. Serpihan itu dikutipnya.
“aduh!”,jarinya terkena serpihan kaca. Tangannya sempat tertolak buku tebal seperti diari disisi serpihan itu. Buku itu jatuh. Terpamerlah isi didalamnya. Dia duduk di atas lantai memandang buku itu. Teragak-agak. Dia mencapainya. Menyelak helaiannya satu persatu. Hatinya tersentuh. Senyuman terukir diwajahnya. Luka dijari tidak dihiraukannya. 

“diari ustazah”, dia terus menyelak helaian diari itu. Dia berhenti di satu helaian

12 december 2010
Mila, “adikku” telah kembali ke Rahmatullah..
Sedih tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Air mataku gugur  seusai pengebumiannya.terkilan kerna tak dapat bersama di saat-saat akhirmu dik. Insya ALLAH, doa akan akak kirimkan buatmu. Teringat akak kisah Rasulullah, baginda juga bersedih atas pemergian insan tersayang.inikan pula akak insan yang lemah dan tak setanding dengan baginda.

ku coretkan memori sirah baginda buat diriku agar aku tidak tenggelam dalam lautan kesedihan ini.



pabila ALLAh menduga kita...

"supaya kamu jangan berdukacita terhadap
apa yg luput drmu dan supaya kamu jangan
terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya
ssghya ALLAH tdk menyukai setiap org yg sombong
lagi membanggakan diri..."

(al-Hadid : 23)


"jangan kamu kira kamu sdh beriman
padahal kamu belum diuji"

setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya..

"jangan bersedih"
itulah ungkapan yg perlu kita cakapkan
dalam jiwa tatkala kita diuji....

mengimbau sirah insan  terpilih, sirah baginda Rasulullah...

SAAT2 KEMATIAN ABU TALIB

ketika Abu Talib berada dlm keadaan nazak.Rasulullah menziarahinya dan
pada ketika itu Abu Jahal juga berada disisi Abu Talib.

Baginda berkata..."wahai bapa saudaraku, ucapkanlah LAILAHAILLALLAH,
satu kalimah yang akan berhujah denganny disisi ALLAH..."

Abu Jahal : "wahai Abu Talib, adakah kamu tidak suka dgn agama Abdul Mutalib?"

Abu Talib : " Diatas agama Abu Mutalib

Rasulullah : "akan ku pohonkan keampunan utkmu selagi aku tidak
dilarang berbuat demikian."
(Riwayat Bukhari)

Abu Talib akhirnya tidak mengucap kalimah tayyibah...
tidak mengucapkan syahadah....selepas itu,turunlah ayat drpd ALLAH

(s al- Qasas: 56)
yg menegaskan "ssghny Nabi tidak berkuasa memberikan hidayah
kpd sesiapa yg dikasihinya tetapi ALLAHlh yg berkuasa memberikan hidayah
kpd sesiapa yg dikehendakiNya..."

Walaupun Abu Talib memberikan sumbangan yg besardan bermakna kpd Rasulullah, sayangnya beliau tidakmendapat kejayaan sebenar iaitu menjadikan ISLAM sbg agamanya...Sebaliknya beliau masih berpegang dgn agama nenek moyangnya.
hal ini menyebabkan Baginda Rasulullah berasa sgt sedih n dukacita...

hebatny ujian Rasulullah....membuatkan hati n fikiran berfikir...
layakkah aku??? bercakap soal perjuangan padahal ada yang masih sibuk memanjakan diri....ada yg masih memanjakan "nafsu"

ada yang masih sibuk membuatkan org lain "sakit"...
masih sibuk bermain kata2...
masih sibuk "berhasad dengki"......

~tegakkan Islam dari dalam diri ~

2.40 pagi

********************************************************************



Maisarah menghela nafas. “hmm, dalam keadaan sedih pun masih sempat ustazah ni berdakwah pada diri sendiri”, ujarnya perlahan. Sedikit sebanyak hatinya tersentuh. diselaknya lagi helaian seterusnya. Selakannya terhenti di satu muka surat. Dia tersenyum lebar.


15 Januari 2011

Hari yang dipenuhi ujian hati, rimas sesak dan malu.moga ALLAH sentiasa menghijabkan diriku drpd pandangan liar manusia.

Kunukilkan nukilan ini  agar menjadi peringatan buat diri dan warning 4 u…


ikhwan....
jika kamu mahu yg baik,,,,
yg solehah.....
kamu perlu menjadi soleh dahulu....

kerana kamu yg akan membimbing bakal jemaahmu....
kamu yg akan menjadi ketua keluarga...
yg penting....
di bahu kamulah terletaknya segala tanggungjawab...
semuanya akan dipersoalkan padamu kelak...

ikhwan...
jika sekarang engkau sedang berpacaran....
putuskanlah....
kerna yg haram itu jelas bagimu....

"dan janganlah kalian menghampiri zina….."
(al-Isra': 32)

sudah semestinya kamu inginkan yg solehah menjadi suri hidupmu....

tp pernahkah kamu berfikir???
akan keadaan dirimu sndr???
sudahkah kamu berusaha mnjadi soleh utk mendapat yg solehah???
sudahkah kamu menjaga hatimu drpd dicemari oleh wanita yg xhalal bgmu?????
sudahkah kamu menjaga pandangan n anggotamu yg lain????

jika kamu pernah berkapel,,,,
kamu akan mndpt pasangan yg pernah berkapel...
mahukah kamu mndpt suri yg pernah menyatakan "ksih n cintanya "
pada ikhwan selain kamu....????
yg pernah mengatakan "u jump i JUMP"
OR LOVE U......
begitu murahnya kalimah itu......
jika kamu begitu...
pasanganmu juga akan begitu....
kerna janji ALLAH itu pasti...

"laki2 yg baik adalah utk perempuan yg baik..."
begitu juga sebaliknya....

sudah pasti kamu impikan tangan yg solehah utk menjaga makan pakaimu...
sudah tentu kamu mahukan anak2mu lahir dr rahim yg solehah.......

sejahat manapun lelaki itu,,,
pasti dia inginkan yg baik2 mnjd suri hidupnya...

tp ingat...
permintaanmu yg tinggi itu sepadankah dgn dirimu????
layakkah engkau???

jika suruhan PENCIPTA engkau abaikan....
layakkah engkau mndapat suri yg taat?????

berubahlah saudaraku....
belum terlambat....
jgn kotorkan diri n hati anda....

jaga hati2 kita...
dan serahkan pada ALLAH....


“aduh”,Maisarah menepuk dahinya. Sungguh nukilan itu membuatkan hatinya terasa. Mukanya panas. Malu sendirian. “garang juga ustazah ni ya”, dia tersenyum. Dia terus menyelak helaian buku itu. Hinggalah sampai di tarikh….
18/6/2011, Sabtu
Ku mainkan pena ditangan,
nukilan ini buat diriku wanita Islam jua buat sahabatfillah

Kita bukan Mawar Berduri

mawar adlh sejenis bunga yg cantik...
menarik,,,menawan...
hmm..ramainya yang nak jadi mawar berduri, xkira yang bertudung labuh atau tidak..
semuanya sama.


wanita n mawar berduri....

ada juga wanita yg diibaratkan spt mawar berduri...

mawar itu cantik...menawan....
tetapi iany tetap mempunyai duri...

walaupun begitu....
dek kerana kecantikanny yg terserlah,,,,
kecantikanny yg menonjolkn sifat semula jadinya,,,
ramai yang tertarik pada dirinya,,,,

walaupun mawar itu berduri...
tetapi masih ada juga tangan2 yg ingin menyentuh/memetiknya...
walaupun tahu duri itu kadang2 akan menyakitkan...
namun tangan2 itu xpernah putus asa utk mendapatkanny....

mawar2 yg dipetik itu pula,,,,
akan ditatap,,,,
akn dipelihara hany dlm beberapa hari,,,
sebelum ianya layu...
dan ditinggalkan begitu sahaja....

dan apabila iany layu,,,,
sang pemetik itu xkan mempedulikan dirinya lagi....

ibarat seperti wanita....
yg segalany tntg diriny perlu dihijabkan...
namun apabila ada yg menonjolkan dirinya,,,
adalah tangan/mata2 durjana yg akan melihat dgn pandangn nafsu....

walaupun mawar itu berduri,,,
namun "mereka" xkan berputus asa untuk mendapatkannya...
tetap ingin memetiknya...

mari diri dan jasadku yang hina...
koreksi diri..
dan ketahuilah kelemahan lelaki adalah wanita...

Ibarat lalat....
jika sudah tahu lalat suka akan makanan yg terdedah,,,
hindarkan makanan itu dr didedahkan..
tutup dgn sebaik2nya...

sedangkan botol pon bertutup...

rendahkan pandangan bagi laki2 dan perempuan beriman...

jom jaga hati,,
koreksi diri...
Moga ALLAH membantu...
Insya ALLAH..Amenn…
12.30

pena terus menari di atas kertas. Sudah lewat tapi dia tetap tidak pulang..apa yg perlu aku lakukan untuk melindunginya??

ya ALLAH,
tika aku menyatakan yang aku ingin menjaga hati, bukan hatiku sahaja yang aku ingin jaga. Kalau boleh, hati sahabat2ku juga aku igin jaga. Pandangan mereka juga aku ingin jaga daripada lelaki ajnabi. Tapi aku lemah. Diri sendiri pun masih bermujahadah melawan nafsu. Masih terumbang ambing. Kuatkan dan teguhkanlah hati ini padamu ya Rabb…

ya ALLAH,
tika aku melihat sahabatku menayangkan auratnya, hatiku bagai disiat-siat..sangat sedih. Aku ingin menjaga auratnya seperti aku menjaga auratku. Terseksa batinku melihat kulitnya disentuh lelaki ajnabi. Sungguh ya ALLAH, aku ingin menjaganya dan aku menyayanginya keranaMu.Aku ingin bersamanya menggapai redhaMu.

Ya ALLAH,
Ku tahu engkau maha pengampun. Rahmatmu amat luas. Ampunkanlah kami. Ampunkanlah sahabat2ku. Kukira doaku buat sahabatku Maisarah terhijab dek dosaku sendiri. Bersihkanlah diriku agar hijab itu terlerai dan terbuka. Jagalah sahabatku itu ya ALLAH..sungguh ku tahu dia mendambakan cintaMu..
Siramilah hatinya dengan Nur Mu..
aku tidak sempurna. Andai aku mampu, aku ingin melindungi sahabatku daripada tangan durjana. Hanya padaMu ku berserah. Jagalah dia. Jangan biarkan dia terus terjerumus dan masuk kelembah yang hina. Bimbinglah dia di jalan yang engkau redhai. Kami memerlukan hidayahMu.. siramilah hati-hati kami dengan cahaya..

AMENN ya Rabb…
Maisarah,
sangat cantik kamu bila bertudung… aku ingin satu hari nanti engkau akan menutup auratmu sebaik mungkin mengikut tuntutan syarak kerana engkau bukan sekadar Mawar berduri..


1.05 pagi
Sakit dihati ini hanya Engkau yg maha mengerti ya ALLAH..
terasa bahu dibebani dosa yg sgt berat..
terasa spt diri yg membuka aurat tatkala melihat sahabiyah tdk menjaganya..
terasa diri yg 'berkhalwat' tatkala sahabat/sahabiyah melakukannya...
terasa diri yg berdosa krn 'berzina' tatkala ikwan dan akhwat melakukannya...

terasa segala dosa terpalit pd diri...
terasa segala dosa dikongsi bersama...

kerna kita bersaudara namun kerna iman yg lemah..
mata hanya mampu memandang dgn simpati...
hati hanya mampu berdoa setiap hari...
bibir hanya mampu tersenyum....
jasad hanya mampu bergerak utk menjalinkan ukhwah
agar cahaya dlm diri walau tidak secerah mana mampu membiaskan dan menyuluh hidup orang lain...

ya Rabb...pinjamkanku walau sezarah dprd kekuatanMu agar aku mnjd hamba yg sebenar-benarnya hamba.

                             ***************************************
Hati Maisarah bagaikan dipanah halilintar. Segala ayat yang dibacanya menusuk ketangkai hati. Sangat menyentuh. Dia terharu. Dosa-dosa yang dilakukannya bermain di ruang mata. Dia menangis. Badannya bergetar. Tiba-tiba dia rasa takut dengan dosa yang dilakukannya. Takut jika ALLAH murka padanya. Dia menangis teresak-esak.

“ya ALLAH..ALLAH..ALLAH.ALLAH…Astaghfirullah..”, ucapnya berkali-kali. Dia terus menangis dan menangis. Bibirnya bergetar...”moga masih diriku masih beharga buatMu ya ALLAH..”ujarnya lemah..










: dunia :