sempurna

:zikrullah:

: Demi Masa :

::Diari tinta::

get this widget here

Friday, January 4, 2013

Neutral~

بسم الله الر حمن الر حيم   

اسلام عليكوم

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan waktu utk menjenguk ke ruangan ini setelah hampir setahun tidak mengupdate sebarang entri.. pernah ditanya oleh bbrp org sahabat ttg 'kesepian' di ruangan Musafir lalu.. sy hany mampu tersenyum.. tiada kata2 yg dapat dilontarkan buat menggambarkan apa yg terbuku di hati.. seikhlasnya, bimbang, akan mjdkn ruangan ini sebagai luahan peribadi..ttp tiada salahnya jika dpt memberi pengajaran buat yg membaca.. moga ALLAH memelihara tujuan n niat diri di ruangan ini... maaf buat sahabat2 yg terasa dgn diri sepanjang tempoh 1thn setengah ini... bumi Morobbi, di sini aku di tarbiyah....  



teringat kata2 Mu'allim sepanjang pertemuan dlm tahun 2012 lepas...terasa amat kerdil berada disamping wajah2 yg hebat... ALLAH Maha Besar.. segala yg diperkatakan pasti akan diuji...

"kita nak ilmu dr org, xsalah kalau kita bodohkan diri n rendahkan diri walaupun org itu masih muda"  

" kita tolong orang, Insya ALLAH, DIA akan berikan pertolongan d waktu yg kita xduga.. jgn kita tinggalkan org yg kesusahan d hadapan mata.."

" ya, kita kadang rasa marah apabila bermain dgn perkara yg orang lain ssh nak faham n nampak, tapi di situlah terujinya sifat sabar... pembuktian kepada pengakuan kita... bila dapat bersabar, kemenangan berpihak pada kita" 

" kena sabar n kuat, utk kuatkan org lain"  




seikhlasnya, rasa sgt bertuah dipertemukan dgn guru-guru yang hebat... keihlasan n kerendahan hati yg ada pada mereka ini dpt dirasai oleh hati2 yg dahagakan ilmu... Syukran ya Ustaz.. Moga yg terbaik buat ustaz berdua.. (^_^)

teringat kata2 Ust. Pahrol

"apa2 sj yg lahir dr hati, pasti akan terkesan d hati" 

berpeluang bertemu dgn pelbagai jenis manusia.. yg hebat dan yg memberi pengajaran..Alhamdulillah, dpt melihat dunia dgn lebih luas dan positif..  

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

aku punya iman, 
imanku,
ada di hati... 

hati yang mengaku beriman...
pasti akan diuji... 



terkesan dgn post2 berkaitan hati n perasaan.. harapnya muslimin n muslimat dpt mengawal "nafsu" d usia ini.. semua insan akan terfikirkan tntg fitrah.. namun, jika terlalu keterlaluan, akan menghakis sifat malu...huhu.. Asif.. Cinta itu fitrah, tp xusahlah di hebahkan pd umum.. simpanlah dlm hati, agar ianya mnjd mujahadah buat kita.. ada fitrah yg lebih berharga lg yg perlu dikejar dan di raih kembali iaitu Fitrah kehambaan .. jgn risau, kalau dah jodoh, bila tiba masanya ALLAH akan mudahkan jalan... buat yg sudah ketemu jodoh, tahniah.. Moga kalian bahagia dunia Akhirat.. buat sahabiyah sayang, tahniah...asif xdapat hadir atas kekangan yg xdpt d elakkan..^^"..doa akan dikirim buat kalian...
teringat perbualan dengan seorang teman yg sudah mengikat tali pertunangan ketika kami berada dlm semester 4...

"bila kita dah ada ni, memang susah utk nak jaga hati... kadang nak jaga pn xterjaga"
benar..pertunangan bukan tiket utk menghalalkan n melanggar apa yang telah DIA gariskan buat kita.. apa yg boleh aku katakan sebagai insan yg tidak pernah merasa? 

jangan salahkan hati yang merindu, jika engkau tidak pernah merasai kerinduan

xdpt nak komen banyak kerna diri tidak mengerti akan rasa yang kalian punya itu..hanya yg merasa bisa memahami kukira sgt berharga apa yang dirasa itu dan moga2 ianya menjadi mujahadah buat kalian dlm meraih RedhaNya~

  ingat, sahabat sayang, engkau lebih berharga dr sekuntum mawar berduri kerna engkau bukan mawar berduri~ 

P/S : masih akan mencari Fitrahku yg utama, sebagai Hamba  Ilahi~  apa yg blh dikatakan dr insan yg tdk mengerti perasaan itu? ALLAH lebih mengetahui.. Moga masih terjaga hati ini.. DIA menjaga lebih drpd apa yg ak pinta~


aku menemukan kebahagiaan,
dalam imanku...
Imanku, 
ada di hati...
Dan Hatiku, 
tidak dimiliki oleh sesiapapun, 
kecuali ALLAH yg Esa~


jangan mudah sangat jatuh Cinta,
Mahalkanlah diri itu. 
Hati dan jiwa itu perkukuhkan, 
bukan mudah-mudah hendak diberikan. 
Nanti jadi tak Keruan, 
sedang Muslim mukmin itu punya pegangan dan wawasan. 
~Hilal Asyraf~


----------------------------------------------------------------------------------------------  

SAHABAT.. mnjd pendengar setia kpd sahabat2 sgt besar amanah n cabarannya.. mungkin org yang memandg tdk dapt memahami, namun memegang 'amanah' adlh sgt berat.. kadang sy akui terkilan dgn segelintir org yg mengatakan itu n ini tntg sahabat yg mereka langsung tidak mengenal siapa n mengetahui kisah hidupnya... Moga hati n jiwa kita dpt dibersihkan semula... 




teringat perbualan dgn seorg sahabat..

"knp aku? aku xkuat..aku biasa saja xmcm hg..." 


P/S :sahabat, kita serupa... aku menerimamu seadanya kerana DIA...kerna diri ini juga punya kekurangan~

antara msj yg dikirim oleh sahabat yg lain..

16/10/12
"terima kasih weidah terok2 jaga ak 2 sem ni.. ada hikmah kita xdok serumah, sekolej sem depan.. cam ustaz  kata kena POSITIF!" 



"ak susah nk ingat ayat Quran, ak asa terok sgt2..hati aku betoi dah kotoq..mungkin betoi cakap depa ak ni 'kosong'.." 

"aku asa xlayak nak bg motivasi kat org lain sbb ak sdr pun kadang2 xbermotivasi..hu3..ak dah xdak modai nak cakap.."

~antara perbincgn yg sy kira xterlalu sensisitif utk di kongsikan.. kadang2 org menceritakan masalah pd kita n dalam masa yg sama, kita punya masalah sdr utk diperhatikan... tp hakikatnya, prinsip kita teruji di situ..ukhwah yg dicanang juga kadang2 teruji... org memilih kita utk menjadi pendengar bermakna ALLAH memilih kita utk menjadi AMANAH...
dalam sibuk menilai iman org lain,
mungkin kita terlepas pandang bhw kita sdr 
xterlepas drpd dinilai "kiri" dan "kanan" tiap saat..

p/s : buat mu teman... orang lain bisa melabel n menyatakan itu n ini kepadamu kerna mereka tdk mengerti dan memahami... mereka tdk mengetahui kisah sebenar... jadi, BANGKITLAH... usah difikirkan kata2 yg boleh melemahkan motivasi diri.. biarkan mereka terus membuat sangkaan sendiri... akhirnya nt, mereka akan bosan.. usah menyimpan sengketa kerana budi yang pernah dihulurkan lebih berharga drpd kata2 yg xseberapa...

dear SAHABAT...
u can COUNT on ALLAH anytime, anywhere...

ALLAH,
is our TRUE Friend...




~ak pernah mencari sahabat buat pengaduan, tp xkutemui ketika resah melanda diri... akhirnya aku menemui dan memutuskan berkongsi rahsia dgn sahabat sebenar.. buat kalian, telinga ini akan sentiasa bersedia ditadah..ON CALL..^^" 


Dalam keramaian manusia, 
sunyi dan sepi tetap menghambat diri... 

akhirnya, 
aku memilih DIA mnjd pendengar setia,
aku memilih utk bersahabat denganNya,
walau kadang-kala kuakui rasa itu teruji, 
Namun,
ak akan terus menghampiri,
akan terus teguhkan keyakinan 
dan pergantungan ini padaNya...

kerna ku yakin,
DIA xkan sesekali mengecewakan,
dan meninggalkanku... 


                
P/s : JOM pilih ALLAH...sahabat sejati yg sanggup 

terima baik n buruk kita, yg sanggup dengar rintihan n 


kabulkan hajat kita.. manusia xkan sanggup terima keburukan


kita mcm ALLAH...manusia xkan sanggup dengar 


pengaduan kita sepanjang masa..manusia akan sibuk 


memerhatikan urusannya sdr tanpa mempedulikan org lain..


berhara n bergantung sepenuhnya hanya pada ALLAH..  




buat kalian,

ak xingin mnjd ssorg yg 

d inginkan oleh semua org...
Namun,

daku ingin menjadi ssorg yg 

d perlukan oleh semua org...




P/s : pesanan dr Murobbi.. "cara kita merawat diri adlh dgn 


membersihkan hati.. ALLAH memilih kita utk merasa perkara 


yg dk dpt dirasai oleh org lain menunjukkan kita bertuah n 


berharga..."... akhir2 ni ilmu ramai yg terkena sihir sama ada 


dr jin mahuun manusia... jaga iman n tingkatkan amal...moga 


menjadi wadah utk berasa dekat dengaNYa~
 





seringkali ku merenung langitMu, 
kedamaian yg ku jumpa...

seringkali daku mengeluh, 
KAU memujuk n menegur melalui ayat2 Mu.. 

seringkali daku lalai dan alpa, 
KAU memanduku kembali ke jalanMu..

Ya Rabb, 
dalam menikmati kurniaanMu,
tak terungkap
lafaz terima kasihku...
Namun, 
untuk jadi yang terbaik 
juga masih belumku mampu.. 

ak masih berusaha, 
membuktikan pengakuan dlm stiap solatku..
Dan, 
akan sentiasa mengulanginnya,
walau belum sepenuh rasa kuakui...

"sesungguhnya, solatku, ibadahku,
hidup dan matiku,
hanya buat MU ya Malik"

hitunglah diri ini, 
setiap deraian airmata dlm stp sujudku,
setiap kesakitan n keperitan yg dirasakan, 
Moga menjadi Mahar buat melamar RedhaMu~  


.::Salam Imtihan wa Asif Jiddan.:: 

Hati seorg sahabat itu peka,
krn dia berhubung
dengan jiwa sahabatnya... 
menyayanginya, 
melebihi diri sendiri,
atas dasar mencari Redha ILAHI 
~petikan dr novel Hilal Asyraf

tiada KEYAKINAN ,

yang 
Diiringi dengan
KERAGUAN~





: dunia :