sempurna

:zikrullah:

: Demi Masa :

::Diari tinta::

get this widget here

Sunday, March 17, 2013

biadap atau beradab?

Alhamdulillah, DIA masih memberikan kekuatan utk meneruskan perjalanan sebagai seorang MUSAFIR..Syukur yg tdk dapat ditintakan walau dgn 7 lautan sekalipun.. adab musafir, perlu akur pada pemilik bumi yg dipijak... perlu beradab dan bukannya biadap... Dimanakah kita berada? kita tergolong dalam golongan yg biadap atau beradab? bagaimana ingin mendidik diri mencontohi Rasulullah mahupun para sahabat baginda dalam persoalan beradab dgn yg Maha Pencipta? bagaimana ingin mendidik diri memiliki sifat "malu" kepada ALLAH melebihi malu kepada Makhluk yg lemah? 

"malu sebahagian drpd Iman" 

hakikatnya, kita ini teramatlah tidak malu pada pemilik raja sekalian alam yg telah memberi segala nikmat dan mencukupkan segala keperluan... lumrah, manusia suka berkeluh kesah...menyukai apa yg mereka tak punya dan membenci apa yg mereka miliki... sy sendiri mengakui bahawa seringkali berkeluh kesah tatkala ujian dititipkan buat pembuktian diri sebagai seorg hamba yang mengaku beriman... 
sebenarnya, jika kita renung kembali ujian yg diberikanNy kpd kita tdklah sebesar kekasihNya, Rasulullah, para Anbiya', soleh,solehah yg terdahulu..ianya teramat kecil...namun apa yg kita sering persoalkan menunjukkan betapa biadab dan tdk malunya kita pada Pencipta yg telah menjaga hambaNy melebihi ibubapany sdr... 

Sabar dan Solat..=) 

bilamana hati khusyuk, seluruh penumpuan hanya buat Ilahi, Insya ALLAH, hati akan terpujuk dan tenang...ketenangan yg xdpt digambarkan..kemanisan beribadat yang sukar diungkapkan melalui kata2... 


seringkali menyalahkan org lain atas apa yg terjadi pd diri sdr adalah satu sikap yg tdk bertanggungjawab... sy sdr kadangkala mengakui cuba bersikap tdk jujur trhdp diri.. sering mencari alternatif utk melepaskan diri....kita kadangkala lupa bahawa sikap dan kedegilan diri sdr yg membentuk dan membawa pada siapa kita pada masa kini... 2 hal ini juga yang membentuk perasaan n rohani sama ada berada pada tahap "gelisah" mahupun "tenang" dgn setiap titipan ujian drpd Rabbnya....   


kita mendera jasad dan rohani dgn meletakkan "senjata" yg menyakitkan..hakikatnya, kita sedang menyakitkan diri sdr.. benarlah pabila ALLAH berfirman dlm al-Quran bahawa DIA tdk sesekali menzalimi hambaNy tetapi hamba2Nya itu yg sering menzalimi dr sdr...


tanpa disedari, kita sebenarnya
"Derhaka dalam Ketaatan" 
betapa banyak virus munafik yg menerobos kedalam hati2 kita?
mempersoalkan itu n ini tentang Qada' dan Qadar ALLAH sedangkan kita punya ilmu tentangnya...

"tanpa sedar, kita lupa dimana kedudukan sbg seorg hamba.. dan tanpa sedar sebenarnya kita ingin mencampuri urusan ALLAH.."


ya..sy mengakui pada satu tahap kita akan merasakan sakit yg amat sgt... penyelesaiannya ada pada DIA yg telah mengirimkan kesakitan pada setiap hamba pilihanNya.. 
ubat itu pahit..dan begitu juga kebenaran... dan kebenarannya , kita adalah hamba yg tak malu pd pencipta~  

jom MUHASABAH~! 


"lalui jalan terhidang dgn pergantungan kukuh pada Rabbmu"  

bilamana cinta dan perbuatan
disandarkan sepenuhnya
pada ILAHI, 

segala dugaan tidak akan memberi
kesan yang 
melemahkan jiwa...

hati tidak larut hanyut dalam lautan badai..

segala resah n gelisah dgn sendirinya,
terubat dengan kukuhnya pegangan
pada "tali" ALLAH...

kata-kata yg keluar drpd lidah perlu seiring
dgn perbuatan pd anggota zahir n batin... 
jika CINTA, sudah pasti hati sanggup menjadi hamba kpd apa yg dicintainya...

"wahai oarang-orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? 
itu sangatlah dibenci ALLAH jika kamu mengatakan apa yang 
tidak kamu kerjakan...


"Cahaya yang melimpahi bumi adlh utk dinikmati bersama"  
lidah yg lancar menasihati, perlu berlapang dada menerima nasihat~
jom berubah!!!
buang EGO yg merosakkan diri...


kebahagiaan adlh utk disebarkan~
dan segala rasa yang kita piih utk dilalui adalah pilihan 
yang akhirnya dituntut utk dipertanggungjawabkan
kpd diri sendiri...  

benar, TEORI dan PRAKTIKAL 
adalah berbeza..namun, sedar xsedar itu hanya satu drpd beribu
alasan yg kita cipta utk menjauhkan diri drpdNya.. 

Syukur bukan hanya pada lafazan bibir,
namun menuntut pembuktian pada jasad n rohani


.::Moga setiap langkahan kita dlm mengembara di bumiNya diRedhai dan dipeliharaNya.::

~salam mujahadah wa asif jiddan~

: dunia :